Khamis, 17 Januari 2019
TAHUN 2019
Harapan pada tahun 2019 ini akan banyak maklumat yang akan dikemaskini di dalam blog ini memandangkan telah sekian lama rasanya tiada perkembangan terkini berkenaan info terbaru berkaitan Salasilah Daeng Saring ini. Berkemungkinan juga sumber maklumat melalui saluran ini sudah ketinggalan jika dibandingkan dengan aplikasi lain yg semakin meningkat maju.
Rabu, 14 Disember 2011
Ulasan
jejakazman said...
apakah daeng saring ini orang yg sama yg bernama daeng sulong...yg ada kaitan dengan kesultanan awal johor...t kasih...
---------------------------------------------------------------------------------
Tidak dapat dipastikan sama ada Daeng Saring ini adalah orang yang sama dengan Daeng Sulong, tapi maklumat daripada keturunan yang terdahulu, Daeng Saring ini memang ada kaitan dengan Kesultanan Awal Johor dan juga merupakan saudara sulong kepada Daeng Kemboja yang terlibat secara langsung dengan Kesultanan Awal Johor. Walaubagaimanapun, bila dirujuk pada buku Tuhfat Al-Nafis karangan Raja Ali Haji, tiada sebarang catatan tentang nama Daeng Saring ini. Jadinya sukar untuk kita memastikannya, akan tetapi melalui maklumat yang diperolehi daripada keturunan terdahulu terdapatnya Salasilah bertulisan jawi diperbuat daripada kulit binatang (sepertinya kulit kambing) yang dibawa bersama semasa Daeng Saring bersama Daeng Kemboja tiba ke Borneo pada masa dahulu, cuma sekarang ini tidak diketahui dimanakah kedudukan Salasilah tersebut sama ada masih disimpan oleh waris lain atau pun telah hilang ditelan zaman. Berkemungkinan jika Salasilah ini masih ada dan dijumpai tentunya kajian secara terperinci dapat dibuat yang mana jika benar seperti maklumat lisan daripada keturunan terdahulu tersebut tentunya akan menambahkan lagi rekod sejarah berkaitan Kesultanan Melayu seperti yang terdapat di buku Karya Agung Tuhfat Al-Nafis karangan Raja Ali Haji.

Rabu, 18 Mei 2011
Selasa, 1 Mac 2011
AL-FATIHAH: Al-Fatihah untuk Arwah Hjh Puasa Binti Tamin keturunan ke-5 daripada Daeng Saring yang telah kembali ke Rahmatullah pada 19 Rabiulawal 1432H bersamaan 22/02/2011 hari Selasa dan telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi di Kg. Mesapol Lama, Sipitang Sabah. Semoga roh Allahyarhamah di tempatkan di tempat golongan orang-orang yang beriman. Amin.
Khamis, 22 Julai 2010
AL-FATIHAH: Al-Fatihah untuk Arwah Ismail Bin Kasah keturunan ke-7 daripada Daeng Saring (Ismail - Nuriah) yang telah kembali ke Rahmatullah pada 7 Syaaban 1431H bersamaan 19/07/2010 hari Isnin dan telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi di Kg. Mesapol Lama, Sipitang Sabah. Semoga roh Allahyarham di tempatkan di tempat golongan orang-orang yang beriman. Amin.
Rabu, 17 Mac 2010
Al-Fatihah
Al-Fatihah untuk Arwah Limah Binti Hj Yahya @ Hj Hia iaitu keturunan ke-5 daripada Daeng Saring yang telah kembali ke Rahmatullah pada 27 Rabiul Awal 1431H bersamaan 13/03/2010 hari Sabtu, bertempat di Kg. Mesapol Lama, Sipitang Sabah. Semoga roh allahyarhamah di tempatkan di tempat golongan orang-orang beriman.
Amin.
Amin.
Sabtu, 23 Januari 2010
Al-Fatihah
Al-Fatihah untuk Almarhum Sultan Mahmud Iskandar Ibni Sultan Ismail yang telah kembali ke Rahmatullah pada 22/01/2010, semoga roh almahrum di tempatkan di tempat golongan orang-orang soleh.
Takziah kepada kaum kerabat dan seluruh rakyat johor..
Daripada Salasilah Daeng Saring.
Langgan:
Catatan (Atom)