Daeng Saring @ Daeng Saing adalah salah seorang yang dipercayai berasal daripada keturunan Kerajaan Riau yang telah memasuki kepulauan Borneo melalui Brunei dan dipercayai keturunan beliau kini berada di sekitar Brunei, Sarawak, Sabah dan W.P.Labuan. Sehubungan dengan itu, maka terhasilnya Blog ini bagi bertujuan untuk menjejaki Salasilah Keluarga Daeng Saring @ Saing yang berada di sekitar Borneo dan berkemungkinan juga telah berada di Semenanjung Malaysia, Indonesia, Filipina dan kawasan-kawasan sekitarnya.



Khamis, 22 Julai 2010

AL-FATIHAH: Al-Fatihah untuk Arwah Ismail Bin Kasah keturunan ke-7 daripada Daeng Saring (Ismail - Nuriah) yang telah kembali ke Rahmatullah pada 7 Syaaban 1431H bersamaan 19/07/2010 hari Isnin dan telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi di Kg. Mesapol Lama, Sipitang Sabah. Semoga roh Allahyarham di tempatkan di tempat golongan orang-orang yang beriman. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan