Daeng Saring @ Daeng Saing adalah salah seorang yang dipercayai berasal daripada keturunan Kerajaan Riau yang telah memasuki kepulauan Borneo melalui Brunei dan dipercayai keturunan beliau kini berada di sekitar Brunei, Sarawak, Sabah dan W.P.Labuan. Sehubungan dengan itu, maka terhasilnya Blog ini bagi bertujuan untuk menjejaki Salasilah Keluarga Daeng Saring @ Saing yang berada di sekitar Borneo dan berkemungkinan juga telah berada di Semenanjung Malaysia, Indonesia, Filipina dan kawasan-kawasan sekitarnya.



Rabu, 14 Disember 2011

Ulasan

jejakazman said...
apakah daeng saring ini orang yg sama yg bernama daeng sulong...yg ada kaitan dengan kesultanan awal johor...t kasih...

---------------------------------------------------------------------------------


Tidak dapat dipastikan sama ada Daeng Saring ini adalah orang yang sama dengan Daeng Sulong, tapi maklumat daripada keturunan yang terdahulu, Daeng Saring ini memang ada kaitan dengan Kesultanan Awal Johor dan juga merupakan saudara sulong kepada Daeng Kemboja yang terlibat secara langsung dengan Kesultanan Awal Johor. Walaubagaimanapun, bila dirujuk pada buku Tuhfat Al-Nafis karangan Raja Ali Haji, tiada sebarang catatan tentang nama Daeng Saring ini. Jadinya sukar untuk kita memastikannya, akan tetapi melalui maklumat yang diperolehi daripada keturunan terdahulu terdapatnya Salasilah bertulisan jawi diperbuat daripada kulit binatang (sepertinya kulit kambing) yang dibawa bersama semasa Daeng Saring bersama Daeng Kemboja tiba ke Borneo pada masa dahulu, cuma sekarang ini tidak diketahui dimanakah kedudukan Salasilah tersebut sama ada masih disimpan oleh waris lain atau pun telah hilang ditelan zaman. Berkemungkinan jika Salasilah ini masih ada dan dijumpai tentunya kajian secara terperinci dapat dibuat yang mana jika benar seperti maklumat lisan daripada keturunan terdahulu tersebut tentunya akan menambahkan lagi rekod sejarah berkaitan Kesultanan Melayu seperti yang terdapat di buku Karya Agung Tuhfat Al-Nafis karangan Raja Ali Haji.

Rabu, 18 Mei 2011





Pedang & Tasbih


Pedang dan Tasbih peninggalan Hj. Liman Bin Hj Talib (Keturunan ke-4 Daeng Saring) yang masih tersimpan baik hingga kini.

Selasa, 1 Mac 2011






AL-FATIHAH: Al-Fatihah untuk Arwah Hjh Puasa Binti Tamin keturunan ke-5 daripada Daeng Saring yang telah kembali ke Rahmatullah pada 19 Rabiulawal 1432H bersamaan 22/02/2011 hari Selasa dan telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi di Kg. Mesapol Lama, Sipitang Sabah. Semoga roh Allahyarhamah di tempatkan di tempat golongan orang-orang yang beriman. Amin.