Daeng Saring @ Daeng Saing adalah salah seorang yang dipercayai berasal daripada keturunan Kerajaan Riau yang telah memasuki kepulauan Borneo melalui Brunei dan dipercayai keturunan beliau kini berada di sekitar Brunei, Sarawak, Sabah dan W.P.Labuan. Sehubungan dengan itu, maka terhasilnya Blog ini bagi bertujuan untuk menjejaki Salasilah Keluarga Daeng Saring @ Saing yang berada di sekitar Borneo dan berkemungkinan juga telah berada di Semenanjung Malaysia, Indonesia, Filipina dan kawasan-kawasan sekitarnya.



Jumaat, 4 Disember 2009

Mukadimah

Assalamualaikum wbkt…

Daripada penceritaan secara lisan, dipercayai asal usul Salasilah Daeng Saring adalah berasal daripada Johor-Riau, cuma tidak dapat dipastikan sejauhmana kebenarannya memandangkan tiadanya sebarang bahan rujukan yang dapat membuktikannya, dan baru-baru ini saya telah cuba mencari bahan-bahan bagi mempastikan dakwaan itu berasas.

Penceritaan secara lisan yang diperolehi daripada keluarga yang terdahulu, ada menceritakan akan Salasilah Daeng Saring adalah berasal daripada Johor-Riau.

Sinopsis ceritanya lebih kurang begini :

“Semasa berlaku perpecahan di Riau dahulu berlakunya pertengkaran antara ahli keluarga/pembesar yang puncanya daripada perebutan kepada seorang wanita, akibat daripada itu Daeng Saring bersama adiknya Daeng Kemboja telah melarikan diri ke Borneo melalui Brunei, seterusnya ke Lawas Sarawak. Daeng Saring telah berkeluarga di Sundar, Lawas Sarawak dan tidak mahu lagi balik ke Riau, manakala adiknya Daeng Kemboja telah balik ke Riau.

Dalam perjalanan balik ke Riau, sampai di Johor, telah berlaku satu peristiwa di mana beliau telah didatangi oleh seekor Gajah yang mana sepertinya beliau telah dinobatkan oleh Gajah tersebut untuk ditabalkan menjadi Raja (mengikut penceritaan secara lisan tersebut, Gajah tersebut dapat mengenal akan keturunan Raja-Raja, tak tahu sejauh mana kebenarannya), kebetulan pula pada masa tersebut diceritakan kerajaan Johor tidak mempunyai Raja”.

Jadi begitulah serba sedikit ringkasan ceritanya. Daripada itu saya cuba mencari maklumat melalui laman2 web berkaitan sejarah Bugis Johor-Riau. Dalam pencarian tersebut saya mencari-cari zaman mana yang ada keturunan Daeng-Daeng ini. Memandangkan saya ni bukan juga seorang yang arif pasal sejarah, maka saya sangat teruja bila mendapati adanya nama Daeng Kemboja dalam Salasilah Kesultanan Melayu Johor-Riau, sebaliknya pula saya tidak menemui akan nama Daeng Saring, dan daripada apa yang diperolehi, tiadapun sebarang nama yang berkaitan dengan Daeng Saring dalam Salasilah Daeng Kemboja tersebut. Daripada ini membuatkan saya menjadi keliru adakah Daeng Kemboja yang diceritakan secara turun temurun tersebut itu adalah orang yang sama atau berlainan. Tapi bila dilihat dari logik akal dari mana datangnya nama Daeng Kemboja seperti yang diceritakan secara turun temurun itu.???. ataupun bagaimana keluarga yang terdahulu tahu akan maklumat tersebut seperti nama Daeng Kemboja. Saya ada juga diberitahu akan adanya salasilah bertulisan jawi yang diperbuat daripada kulit kambing yang telah dibawa bersama semasa Daeng Saring dan Daeng Kemboja sampai ke Borneo dahulu, tetapi difahamkan salasilah tersebut telah tidak dapat dikesan.

Maka dengan itulah, salah satu daripada matlamat pembangunan Blog ini ialah bagi mengumpulkan sebarang maklumat, pandangan atau cadangan daripada para pengunjung yang berkemungkinan juga adalah merupakan salah seorang daripada Salasilah Keluarga ini bagi menjejak Salasilah ini agar dapat mengeratkan lagi perhubungan silaturahim.

Setakat ini Salasilah Daeng Saring@Saieng yang telah berjaya dikumpulkan adalah sebanyak 10 generasi iaitu daripada 2 orang anak beliau iaitu Panglima Hj. Laut dan Tanjung. Berkemungkinan juga terdapat lagi anak-anak Daeng Saring yang tidak diketahui. Ini adalah kerana daripada penceritaan keluarga yang terdahulu menyatakan berkemungkinan ada keturunan Daeng Saring yang berada di sekitar Brunei, Lawas Sarawak dan yang berdekatan. Hujah tersebut juga disokong dengan kedudukan makam Panglima Hj. Laut Bin Daeng Saring yang berada di daerah Lawas Sarawak.

Selain itu, daripada 10 generasi Daeng Saring yang telah berjaya dikumpulkan juga, tiadanya terdapat sebarang rekod/maklumat berkaitan dengan anak Daeng Saring yang ke-2 iaitu daripada Tanjung. Maklumat terakhir yang diperolehi adalah setakat anak kepada Tanjung iaitu Kalsom sahaja. Daripada Kalsom ini juga telah berlaku satu peristiwa yang berkemungkinan berkaitan dengan Kesultanan Sulu pada masa dahulu sehingga ada di antara salah seorang daripada salasilah Daeng Saring ini menggunakan kembali nama ‘Kalsom’ ini bagi mengingati peristiwa yang berlaku tersebut. Dipercayai keturunan daripada Kalsom ini berkemungkinan berada di Selatan Filipina.

Begitulah serba sedikit mukidamah yang telah mendorong kepada pembangunan Blog ini yang mana melalui Blog ini segala rekod berkaitan Salasilah Keluarga dapat dikumpulkan dan dipelihara dengan baik sebagai satu warisan zaman berzaman yang menjadi khazanah untuk pengetahuan bagi generasi yang akan datang.

Sekian, Wasalam.

16 ulasan:

  1. Artikel tulisan ini adalah yg terbaik pernah saya lihat d dalam blog2 peribadi.Untuk pengetahuan saudara pemunya blog ini. Daeng2 ini bukanlah berasal dari mana2 tempat seperti Johor ataupun Riau,Tetapi Daeng2 ini adalah berasal daripada Kesultanan Bugis d Goa (80km dari Kota Makkasar)kalau tidak silap saya....Yg pasti kalau Saudara mencari asal usul keluarga anda memanglah terbaik di Makkasar.Daeng ini memang orang2 Istana sepertimana Pengiran kalau Bangsa Brunei.........TQ

    BalasPadam
  2. Untuk makluman, aimulah mama ada lah dari rumpun yang sama dengan paadian-paadian di Kg Pilakat yang diista oleh Ejaan Kadayan. Mama Hj Mehry bernama Hjh Noor (maninggal sudah) dan adik baadik dian aimulah tangah Saibah (mama Saien) dan Bungsu Dagong (mama Hj Ismail Palil). Aimulah mama dian bisia anie bapupu.

    Dalam hal aimulah Hj Rashid bin Hj Jais (bapa paadian Nabil), inda ku baapa pasti, yang ku tahu aimulah Hj Jais atu adi baadi dian aimulah Hj Liman (bapa paadian Munir) dan kaitan bisia dengan caita Kalsom anie samar-samar.

    BalasPadam
  3. Cuba kita buat pengsahan : Ibu kita Nuripah, (minta maaf ya) bila ejaan nama tidak betul bagi tau samaada Hjh ka tu.. turun daripada Angkut - Anak Angkut Raya, Khamis, Nuripah. Adik-beradik Angkut ikut urutan ialah : Maaisah, Guntuoo, Angkut & Hj Salam. Angkut daripada sebelah kita tu kan, yg Andah, Hjh Nu'ur, Bsu Dagung, Tgh Saibah & Hjh Munah (kerupang w.p.lbn) tu nda pasti, mcm dari Guntuoo. Yg dari Maaisah langsung tiada maklumat, yg dari Hj Salam sudah ada.

    Maklumat Hj Jais, Hj Laiman tu sudah ada. Dapat tau juga sambungnya sampai Kalsom tu.

    BalasPadam
  4. Assalamu'alaikum wbt, Pebetulan fakta dikit lai. Yang daie atas atu luus sudah. Bila Nuripah (Nuipah) atu mama kami, kianya kami nie cucu Angkut. Tuha sudah ku tu lai amun macam atu. Yang sabanaa-banaanya Angkut atu moyang kami, sabab Nuripah atu nini kami (mama mama). Nama mama kami ialah Nuriah (Nuyah)bt Mohamed. Anie muda asa diee dikit sabab jadi cicit Angkut.

    Uja mu yg katuunan Hj Salam ada sudah aah mu. Bila dapat kau email akan aah ku di askasah@gmail.com Aku nie kan tahu jua nie. Yang kau nie daie katuunan siapa? Daie moyang Angkut kah atau daie adi-baadi Angkut. Bila kau kan tahu caita katuunan tua Hjh Nuur, tangah Saibah, bungsu Dagung cuba kau talipon si Naimah di Pilakat. Ia tu tahu ya tu.

    BalasPadam
  5. A.S.Kasah

    Wsalam. Terima kasih byk2.. Penglibatan seperti ini lah yang kita harapkan dan merupakan salah satu daripada matlamat pembangunan Blog ini, iaitu membuat sebarang pembetulan bagi rekod-rekod yang tidak tepat ataupun samar-samar. Kadang2, walaupun kedudukan keluarga berdekatan tapi payah juga untuk mendapatkan rekod-rekod berkaitan salasilah disebabkan kesibukan tugas yang beranika-ragam.

    Kebiasanya rekod-rekod ini selalunya diperolehi pada musim Hari Raya & Majlis Kenduri yang mana melalui perjumpaan seperti itu lah yang selalunya akan terungkai sedikit demi sedikit akan perihal Salasilah Keluarga ini. Jadi tidak heranlah proses pengumpulan Salasilah ini memakan masa yang lama, tambahan pula hanya terdapat segelintir sahaja dikalangan kita yang ada menyimpan akan rekod Salasilah ini, yang lainnya hanya berada di kepala/ingatan masing2. Diharap dengan adanya Blog ini sedikit sebanyak rekod-rekod yang ada di benak padian2 kita akan dapat dikeluarkan dan direkodkan seterusnya dapat diketahui oleh Generasi yang akan datang.

    Pertukaran Bahasa ke 'Bahasa Kedayan' :

    Bah ngam bana tu kita luuskan, yang banaanya ada jua tu rekod Nuyah tu, tapi mangkali yang aie ku nulis tu biani kalupahan sabuting anak panahnya bah.. yang ku tulis tu luus jua anak Angkut tu Nuyah, tapi kalupahan sabuting anak panah taus tia ka Durahman, Mail, Sarah, Mat Nor, Jamlah, Jarah & Samat. Atu yang ada aah rekod ku, nda pulang luus tu.. sedangkan kita ni abang Hj Md Nor lagi. Jadi minta tolong semakkan balik nama tu (sama ejaannya/hj@hjh), luus akan taya ikut hiraki nya.

    Ngam bana tajumpa kita ni di alam maya ni salah sawang daiepada wais Daeng Saieng (Nda kita cabut kais yg di Sulu tu, waisnya jua tu kita tu *bagalap bah ya. Tapi luus jua tu kan.. daie sana jua rumpunnya tu. Ringkasnya: Nuyah- Nuipah- Angkut- Hjh Dg Maata- Dg Sitam- Panglima Hj Laut- Daeng Saieng, ada lagi sambungnya tu : Opu Daeng Parani- Opu Tanderiburang Daeng Rilaga- Opu Lamandusilat(Raja Bugis di Luwu Sulawesi 1603) ** yg daie Daeng Saieng ke atas tu nda dapat dipastikanlah (nda jua dapat diakun malulu tu), naada tu caita tu daie wais kita, yg tahu ku singgan Daeng Saieng nganya sama Daeng Kemboja yang ada caita daie kita, atu tu olih ku mancahaie di Internet tu berdasarkan nama Daeng Kemboja, tapi Daeng Parani tu bapa Daeng Kemboja lah kalau ikut Sejarah. Nda jua dapat diakui jua tu ia mangaiit aah kita, mana tahu Daeng Kemboja sama Daeng Saieng tu semama nganya. Mangkali bila ada salasilah kulit kambing yang ujangku di mukadimah tu dapat jua disahkan tu mangkali, ataupun daiepada kubuu Panglima Hj Laut yg di Lawas tu, mangkali ada batulis dama Hj Laut Bin Daeng Saieng Bin Daeng Parani (Aku balum ku masaie ka sana bah), tapi caita Panglima Hj Laut ni dikit nganya tahuku. Bila kubuu Daeng Parani yg di Kedah ada jua batulis dama nya. Bah Camatu tah... Yg daie Hj Salam tu nanti ku e-mailkan.. bisia di Labuhan bah tu.. bisia si Anuar Hj Hamzani tu tuunnya.

    Sekian.

    BalasPadam
  6. Assalamu'alaikum wbt, Dalam pandapatku lah lai, amun kita dapat kumpul akan wais-wais Kalsom ani, hunjaa yg tuha-tuha dikit, kita haga ka Sulu dan bajumpa dian Sultan Sulu untuk mbuat pengesahan. Bukannya kita kan nuntut haata (yang aku tatap inda ku nuntut) tapi kan tahu caita yg sabanaanya, atu nganya. Amun dikia sagala katuunan Kalsom yg di Filipina atu mampunyai DNA yang sama dian kita.

    Yang di Masapaol dian di Pilakat tu dapat dihimpun akan. Yang daie Labuhan nganya inda baapa ku paham, atu tah sabab hantap ku kan tahu paadian daie subalah mama yg di Labuhan. Paadian kami yang daie subalah bapa (katuunan Bugis jua - karabat Daeng) kan bilang uwang ku tahu.

    Taima kasih lai.

    BalasPadam
  7. kamus Kedayan : Salam, terima kasih atas maklumat yang diberi, daripada penceritaan saudara, sudah tentu saudara mempunyai banyak maklumat tentang salasilah keturunan daeng-daeng sehingga tahu aka asal usul keturunan daeng2 ini yang berlaku dalam sekitar tahun 1600, lebih kurang 300 lebih tahun yang lepas. Kalau saudara ada maklumat bergambar, ataupun mengenali kawan2/ keturunan daripada Daeng Saring ini, minta tolong maklumkan akan kewujudan Blog ini, ataupun hantarkan sebarang maklumat berkaitan Salasilah ini ke e-mail : kuciakkuciak@gmail.com


    Terima Kasih.

    BalasPadam
  8. Saya MOHD.YUNOS B.KADIR,Kg.Pohon Batu,W.P.Labuan adalah keturunan ke 7/8 Daeng Saring(Ibu saya MATASIAH BT. OSMAN@BUJANG BIN HJ.OMAR BIN HJ.TALIP BIN RAMAN/DG.SITAM BT. PANGLIMA LAUT BIN DAENG SARING@SAING.Salasilah keturunan HJ.OMAR B. HJ.TALIP di Labuan ada dengan aku (019-8116282)dan En.Anuar b. Hj. Hamzani.Maklumat yang ada anak-anak Hj.seramai 14 orang semuanya di W.P.Labuan(HJ.OMAR, HJH.BUNGA,HJH.LINAH)
    Sekian.

    BalasPadam
  9. Syabas atas membangun blog ni dan harap dapat menjejaki keturunan serta merapatkan hubungan antara kita. Aku ni keturunan ke 8 DAENG SARING iaitu dari waris HJ.OMAR B. HJ. TALIP di W.P.Labuan. Salasilahnya ialah MOHD.YUNOS B.KADIR/MATASIAH(ibu saya)BT.OSMAN B.HJ.OMAR B.HJ.TALIP B.RAMAN/DG.SITAM BT.PANGLIMA LAUT B. DAENG SARING.
    Untuk makluman, DANAN anak Hjh. Mastul telah dikesan di Kg,Kerupang,W.P.Labuan. Liau SAI IN keturunan dari DG. MARATA BT. RAMAN juga dapat dihubungi.
    Sekian
    MOHD. YUNOS B. KADIR,
    Kg.Pohon Batu,W.P.Labuan
    019-8116282

    BalasPadam
  10. Mohd Yunos, terima kasih atas penglibatan di dalam Blog ini, untuk maklumat tuan, maklumat dari hj omar hingga ke telah hampir lengkap diperolehi cuma diperingkat memperhalusinya sahaja lagi kecuali bagi keturunan yang terbaru. Mohon kerjasama tuan, sekiranya ada gambar2 lama, ataupun gambar satu keluarga bagi sebelah Kg Pohon Batu diminta supaya dapat kiranya di upload di blog ini bagi dimuatkan di album salasilah keluarga.

    BalasPadam
  11. assalamulaikum.....saya sebagai wakil keturunan2 dari Leah binti Minggai bin Taip bin panglima laut....dari Kampung sualai,lawas...
    untuk pengatahuan....adik bearadik ayah saya sedang mencari keturunan2 daeng Saring...ea kan menghimpunkan semua keturunan daeng Saring......

    Orang yang mencari:
    jauyah binti mamud
    kampung sualai,lawas














    BalasPadam
  12. Assalamualaikum.....saya sebagai keturunan Leah bt Minggai bin Taip Bin Panglima HJ Laut bin Daeng Saring.......Kalau hendak mencari keturunan nya lagi...pergi ke KPG Sualai Lawas


    Orang Mencari:
    Jauyah bt Mamud
    KPG Sualai

    BalasPadam
  13. kalau memang beliau bersaudara dengan Daeng Kembojo berukut silsilahnya Daeng Kemboja Bin Opu Daeng Parani Bin Opu Tenri Borong Daeng RileEke (Opu Tenri Burang Dahing Ri Laga) Bin La Maddusila KaraEng (Raja) TanEtE Bin La Mallarangeng Datu Lompulle Datu (Raja) Marioriawa dari Istrinya yang bernama I TenrilElEang Pajung (Ratu) Luwu XXIII/XXV Binti La Rumpang Megga Upu Cenning Luwu Bin La Sangaji Upu Patunru Luwu Bin Sattiaraja Ptetta MatinroE ri Tompotikka Raja Luwu XVIII & XX Bin La Palisuhaya Dg Matutu Sultan Nazaruddin Raja Luwu XVII Bin La Patiware Sangaji Dg Parambong Sultan Muhammad Mudharuddin Raja Luwu XV bin La Dewaraja To Sengereng Datu Kelali Petta MatinroE Ri Bojo Raja Luwu XI, bin Datu Ri Sao Lebbi Raja Luwu X, bin Batara Guru II Raja Luwu VIII bin La Mattampa Baliusu Raja Luwu V bin Anakaji Pattala Bunga Raja Luwu IV bin Salinrunglagi Simpurusiang Mutiakawa Opunna Ware ManurungngE Ri Awo Lagading Raja Luwu III bin Batara Lattu’ Raja luwu II bin Latongenglangi Batara Guru Sunge Risompa Aji Sangkuru Wira ManurungngE Ri Tellangpulaweng Raja Luwu I

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya berminat ingin mengetahui salah silah keluarga daeng saring yg berkeluarga di sundar, lawas. Sebab, keluarga kami pun berasal dari kampar, riau..(seperti yang diberitahu oleh nenda kami)

      Padam
  14. daeng mana pun nasab keturunan adalah mengikut bapa...jika mengikut prempuan nasab dkira putus kecuali fatimah r.a...

    BalasPadam
  15. Saya difahamkan saya waris daeng perani.. arwah nenek orang sarawak dan mempunyai darah jepun dan johor... Clue paling menarik adalah leluhur saya dpt berhubung dengan salah seorang sahabat saya dan mengatakan ia daeng philani/tilani/pinali.. bila google, yg ada hanya daeng perani/parani.. saya mimpi raja raja johor skrg n permaisuri agung serta mahkota johor putih skrg nie di kawasan rumah saya... Saya mohon menjejak kerana semua daeng di malaysia adalah waris raja...terima kasih

    BalasPadam