Daeng Saring @ Daeng Saing adalah salah seorang yang dipercayai berasal daripada keturunan Kerajaan Riau yang telah memasuki kepulauan Borneo melalui Brunei dan dipercayai keturunan beliau kini berada di sekitar Brunei, Sarawak, Sabah dan W.P.Labuan. Sehubungan dengan itu, maka terhasilnya Blog ini bagi bertujuan untuk menjejaki Salasilah Keluarga Daeng Saring @ Saing yang berada di sekitar Borneo dan berkemungkinan juga telah berada di Semenanjung Malaysia, Indonesia, Filipina dan kawasan-kawasan sekitarnya.



Isnin, 21 Disember 2009

Tengku Kedah



Tuanku Said Muhammad Ibni Tuanku Said Muhammad Shahbuddin (Tengku Kedah).
Lahir dan dibesarkan di Mekah, berhijrah ke Kedah dan W.P.Labuan pada tahun 1896M (1313H/1314H). Beliau adalah seorang pedagang dan pendakwah.
Sebelum menetap di W.P.Labuan, beliau pernah menetap selama dua (2) tahun di Kuching, Sarawak.
Meninggal dunia pada tahun 1943M (1361H/1362H/1363H) ketika berusia 116 tahun di Kg. Ranca-Ranca W.P.Labuan.
Makam Tengku Syarif Kedah
Tengku Kedah atau lebih dikenali dengan nama 'Tuanku' ataupun 'Syarif Kedah' adalah salah seorang yang amat dikenali terutama bagi masyarakat lama di sekitar W.P.Labuan dan kawasan berdekatannya. Beliau merupakan salah seorang penyebar agama islam yang terkenal pada suatu ketika dahulu. Tidak banyak maklumat berfakta yang diketahui tentang beliau selain daripada cerita-cerita lisan daripada orang-orang yang pernah mengenali beliau.
Sebab musabab kepada gelaran 'Tengku Kedah / Syarif Kedah' juga tidak dapat dipastikan puncanya. Berkemungkinan Kedah adalah tempat pertama beliau jejaki di rantau ini sebelum berhijrah ke W.P. Labuan menyebabkan masyarakat setempat mengelarnya Syarif dari Kedah ataupun ringkasnya 'Syarif Kedah', ataupun berkemungkinan juga ada di antara golongan orang lama di Kedah sendiri yang mengenali ataupun mengetahui akan sejarah beliau yang mungkin dapat menjelaskan akan biodata lanjut Syarif Kedah itu sendiri.
Status Tengku Kedah ini juga, samada mempunyai keluarga atau tidak selama beliau berada di kepulauan Borneo ini juga tidak dapat dipastikan, ada juga khabar angin menyatakan beliau mempunyai anak angkat, tidak tau sejauh mana kebenarannya.
Makam Hj Talib
Penceritaan secara lisan yang diperolehi, Syarif Kedah ini adalah merupakan sahabat karib kepada salah seorang daripada keturunan Daeng Saring@ Saieng ini iaitu Hj. Talib Bin Rahman. Hirakinya adalah 'Hj. Talib - Dg. Sitam (Ibu Hj. Talib/Isteri kepada Rahman) - Panglima Hj. Laut - Daeng Saring@ Saieng' dan kedua mereka ini telah mengaku bersaudara (adik-beradik).
Pada pandangan peribadi saya, keakraban di antara Syarif Kedah dengan Hj. Talib berkemungkinan dapat dilihat ataupun dikaitkan daripada akan persamaan keadaan makam mereka berdua. Bagi sesiapa yang pernah menziarahi makam Syarif Kedah ini yang terletak di Kg. Ranca-Ranca W.P. Labuan dengan makam Hj. Talib yang terletak di Kg. Mesapol di daerah Sipitang tentu akan dapat melihat persamaan keadaan di antara keduanya.
Sekian.

39 ulasan:

  1. Tunku kedah lama nenetap di Kuala Oya Mukah dan barangan spt alquraan jubah kain sal (serban) masih disimpan di Oya dan beliau terkenal dengan warak /keramat dan telaga dinian oleh beliau senonim dengan Oya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika ada kesempatan, harap pihak tuan dapat kirimkan kepada saya gambar barangan peningalan tuanku sarip kedah kepada saya di facebook saya masriusan. Termasuk gambar telaga serta kaitan beliau/peningalan beliau d oya, sarawak. Saya cicit kepada tunku sarip edah (anak angkat beliau d lbuan ialah bapa kepada nenenda saya iaitu dengan pangilan babu sitam) mohon kerjasama dari pihak tuan.....

      Padam
    2. Maaf, tuan. Boleh saya tahu di mana disimpannya barang peninggalan tersebut? Dan di mana tempat tunggal beliau di Oya itu

      Padam
    3. Sudara anonymous.. Kain Sal nya dpt SIk kitak publish kan... Sebab ekot cerita keluarga nya Bekawan dgn moyang Mek org Sheikh Ahmad/Muhammad tunggal, do Malam Kat pulouara besar Brunei.. Da juak Ceta lain SIk dpt Mek nak madah gilak ctok

      Padam
    4. Anak angkat Tunku Sharif adalah datuk sebelah bapa saya d Labuan yg lebih d kenali sebagai imam hj Salleh berasal d kg. Lajau Labuan...

      Padam
  2. Maaf kpd admin blog..nk tny cket..ada x siapa2 yg saudara tahu ttg keberadaan anak cucu,cicit atau org2 yg brkaitan dgn Syarif Kedah ini di Labuan??..Sy brminat utk mnyelidikinya sementara saya stdy di pulau ini...mohon responbalas..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anda jumpa dengan ketua kampung sg bedaun, w.p.labuan. beliau ada maklumatnya

      Padam
  3. Hilmie: Salam, cucu cicit Syarif Kedah tidak berapa pasti, tapi kalau cucu cicit kepada sahabat karib beliau ada d lbn ni, maklumat dari segi apa yang saudara perlukan .....

    BalasPadam
    Balasan
    1. assalamualaikum saya Jiman dari Brunei, dalam buku 'Tradisi Lisan Keramat Tunku Syarif Kedah' ada mencerita kan isterinya pertama di labuan bernama 'Malai Payah', namun meninggal dan Tunku ada lagi berkahwin dengan isterinya kedua iaitu bernama 'Malai Fatimah', saya ingin tahu sekiranya ada salasilah atau nama2 anak nya ketika bersama 'Malai Fatimah'

      Padam
    2. Saya pun mencari tu Tuan Aziman.... Tentang warisan Malai Fatimah atu. Kalau ada tolong update dgn saya. sebab kami ada jua menyimpan cerita atu.

      Padam
  4. Wslm..terima kaih ats respon..sy brminat kalau2 dpt brtemubual dgn org yg tahu ttg kegiatan dn sumbangan Syarif Kedah spnjng beliau hidup d labuan ini..kalau d berikan rezeki, sy hndak menulis ttg Syarif ini secara lebih detail krana sumbangan beliau dlm menjalankan kegiatan awal dakwah Islam yg telah smpai ke bumi Sabah pd ketika itu..saya telah mengunjungi Kg.Batu Arang, ttpi tdak menemui masjid yg d bina oleh beliau d kg trsebut spt yg d nyatakn dlm tulisan sejarah..jd sy mohon kalau saudara ada saranan kpd siapa utk saya merujuk..terima kasih

    BalasPadam
  5. Salam...nenek saya anak angkat Almarhum Sharif Kedah/Kada..Beliau sempat memberi beberapa khazanah kepada ayah saya...antaranya cincin wafak yg berhikmah tinggi..serta beberapa amalan Almarhum...
    Wasalam..

    BalasPadam
  6. Cucu kemanakan byk di brunei iaitu dari sepupu sekali syarif kedah yg menetap di brunei darussalam.beliau byk becerita ttg syarif kedah .sepupu syarif kedah yg dtg menurut jejak dari kedah ke kuching sarawak.sumber sahih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. http://iiumpress.iium.edu.my/bookshop/ums-publication-tradisi-lisan-keramat-tunku-syarif-kedah-di-pulau-labuan

      Padam
  7. Syarif kedah ada meninggalkan sebuah perigi di Igan Sarawak

    BalasPadam
  8. Tuanku Syed Sharif Kedah ini inshaAllah saya kenal...

    BalasPadam
  9. http://iiumpress.iium.edu.my/bookshop/ums-publication-tradisi-lisan-keramat-tunku-syarif-kedah-di-pulau-labuan

    BalasPadam
  10. Saya keturunan syarif kedah.tapi bila saya tgk info di atas, syarif kedah hanya sampai isteri kedua, susur galur saya berkemungkinan besar jatuh di bawah isteri ketiga di Kota belud, namun sharip kedah menggunakan nama panggilan yang lain ketika di kota belud. Saya dapat tahu moyang saya sharip kedah selepas berjumpa dgn cucu sharip kedah di Papar iaitu malai mohammad, gambar sharip kedah di dlm simpanan malai mohammad sama dgn gambar yg ada dlm simpanan arwah nenek saya d kota belud. Cerita yg diceritakan turun menurun di dlm keluarga saya pun selari dgn cerita yg diceritakan oleh malai mohammad. Sesiapa yg ada info lebih lanjut, mohon hubungi saya kerana saya mahu tahu lebih lanjut tentang salasilah keluarga saya.

    BalasPadam
  11. Salam semua... Saya berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang sejarah dan kisah kisah Syed Kedah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh tanya org lmaa2 di kg bebuloh kerana beliau tggl disana.. Tapak rumah beliau mmg ngam2 di padang bola kg bebuloh

      Padam
  12. Sy adalah keturunan ke4 HJ Talip iaitu sahabat arwah Tengku Kedah

    BalasPadam
  13. Sayapun dari keturunan hj talip adalah cucu cicitnya berapda d kg pohon batu Labuan..

    BalasPadam
  14. Saya keturunan asal Sarip..datuk saya bernama Sarip Bidin..bapa saya bernama Malai..dan aku mmg berketurun Malai dari Labuan asal kg rencah rencah

    BalasPadam
  15. Saya keturunan Malai dan Syarif..tapi orang tua ku sendiri tak cerita sebenarnya nenek moyang ku Syarif Kedah ni

    BalasPadam
  16. Telaga peninggalan Tuanku Sharif Kadah masih ada di sundar lawas

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalam....saya ada belajar ilmu Mulih.. kata orang Brunei dari guru saya Tuan Jeffry dari bapanya Tuan guru Hj Salleh..dan dari gurunya yg berada di Limbang Sarawak...dan dengar cerita ilmu ini bersanad dgn Tengku Sarif Kedah....jadinya saya mencari murid beliau atau keturunan beliau untuk berkongsi dan mendalami lagi ilmu yang bagi saya sangat bermanfaat ini...hubungi saya fb @Dean harby...

      Padam
  17. Assalamualaikum....saya ada belajar ilmu Mulih nya org Brunei....dan bila saya tanya dri mna sanad ilmu ini... saya menuntut dari guru saya iatu tuan guru Jeffery dari bapa beliau tuan guru Haji Salleh dan dari guru yg berada di Limbang....dan mengikut guru saya yg ilmu ini adalah ilmu dari tengku Sarif Kedah....jadinya saya berkeinginan utk berkongsi dengan murid beliau atau keturunan beliau....utk menyambung atau mendalami lagi ilmu yang bermanfaat ini...yang demikian boleh hubungi saya di fb....dean harby

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum.....saya Bahar dari Brunei ada belajar ilmu yg manfaat dari guru saya Tuan Jeffry melalui bapa beliau Guru Haji Salleh melalui guru beliau tinggal di Limbang Sarawak....dan mengikut guru guru saya ini ilmu ni bersanad dari Tengku Syarif Kedah.....oleh yang demikian saya berharap sangat untuk beramah mesra dengan waris2 beliau atau murid2 beliau untuk bersilaturrahim,berkongsi dan menambahkan lagi ilmu yang bagi saya sangat manfaat ini...mana2 yg berkesudian boleh balas dlm komen ini....

    BalasPadam
  19. Assalamualaikum warahmatullah wabarkatuh....
    Adapun banyaknya cerita-cerita mulut ke mulut dari orang yang terdahaulu itu , maka banyaknya lah juga cerita-cerita itu yang ada hanyalah berkisar tentang keramatnya individu bernama "Syarif Kedah/Tunku Syarif" itu sehingga kisah tentang dakwah/penyebaran agama islam yang dilakukan oleh beliau agak "Terselubungi" , walaubagaimanpun kisah-kisah itu begitu sinonim dengan jiwa dan hati masyarakat di Labuan terutamanya .
    Saya juga tidak terkecuali ingin mengetahui kisah disebalik nama "Syarif Kedah/Tunku Syarif" kerana ketika saya masih diumur "mummayyiz" sering kali terjumpa gambar beliau terpampang hampir disetiap rumah ataupun disetiap kampung di Labuan , apabila saya tanyakan kepada orang tua-tua , siapakah sebenarnya individu yang gambarnya disimpan hampir seluruh penduduk Labuan itu , maka jawapan yang saya terima adalah Beliau merupakan seorang yang "Keramat" berketuruan "Syed atau syarif atau said saripah(dialek tempatan)" , tidak diceritakan asal bermula datangnya dari mana kerana kebanyakan masyarakat beranggapan Beliau adalah orang asalnya "Berketurunan" Labuan . Antara sepengetahuan diceritakan , begitu banyak kisah-kisah "keramat" Beliau meniti dibibir orang-orang terdahulu sepertimana jasa Beliau yang telah memasang "Pagar" sekitar Pulau Labuan bagi melindungi para nelayan yang mencari rezeki diperairan Labuan daripada "bencana" suatu ketika dahulu .
    Namun antara kemusykilan saya disini ialah , pernah ada "Wujud" Individu yang juga "Alim" , juga khabarnya "Berketuruanan syarif/Said Sarifah" di sekitar kampung Bebuloh/Belukut , yang kemudiannya meninggal dunia disana dan "Beliau" dikebumikan ditanah perkuburan di Tanjung Kiamsam , dan yang lebih menarik lagi adalah "Beliau"(dengan wasiatnya) dikebumikan agak jauh sedikit dan tersembunyi daripada kawasan perkuburan tersebut dan juga batu nisannya hanyalah berbatukan batu berbentuk bulat tanpa nama(seperti mana batu-batu nisan yang terlihat ditanah suci Makkah). Dan hikmahnya asbab itu ialah disekitar makam "Beliau" ditumbuhi lumut kerana redup seolah dipayungi pohon-pohon dan persekitaran berbau wangi . Oleh sebab itu jugalah banyaknya berlaku perkara kurafat disitu kerana adanya individu yang tidak bertanggungjawab membuat pemujaan sempena mengambil "Keramat" itu. Atas takdir Allah swt , jalan menuju ke makam tersebut "Tertutup" dan pohon-pohon menutupi makam , upacara kurafatpun terhenti kerana kesukaran menemui Makam (Al Hamdulillah).
    Disinilah banyak persoalan timbul , adakah Individu tersebuat adalah "Syarif Kedah/Tunku Syarif" ataupun bukan , apapun sama-samalah kita menghadiahkan Al Fatihah kepada mereka kerana jasa mereka sebagai pendakwah yang menyebarkan siar islam disebuah Pulau yang kecil ; SubhanAllah

    Wallah Hu Walam...

    Mohon maaf jika lari dari tajuk...

    p/s : Saya pernah menyaksikan sendiri Makam dan pernah membersihkan pohon-pohon yang menutupi makam(Bukanlah semudahnya nak jumpa)

    BalasPadam
  20. Semoga Allah merahmati usaha dakwah beliau meninggikan kalimah Allah di pulau Labuan ini

    BalasPadam
  21. Syarif Kedah bukan tinggal di kg ranca ranca, beliau sebenarnya tinggal di kg bebuloh di sebabkan wasiat beliau untuk berkubur di hujung tanjung.. Hujung tanjung yg di maksudkan di kg ranca2. Rumah beliau di padang bola kg bebuloh skrg..dia punyai ramai anak angkat nenek saudara sy jg dia yg memberi nama.. Antara khoramoh beliau sewaktu Perang Dunia ke 2 kg bebuloh seperti di lindungi dan ini bangsa Cina ramai berlindung di kg tu.. Cerita ni dpt di sahkan dgn org2 ymdi kg bebuloh.. Kesan tinggalan keluarga Cina yg berlindung di kg bebuloh boleh di jumpai sehingga kini..tanah keluarga sy antara tempat perlindungan keluarga Cina yg mengelak dr kekejaman Jepun.. Saksi hidup boleh di dijumpai lg di kg sy

    BalasPadam
  22. Boleh datang ke kg bebuloh dan bertanya mengenai beliau..ramai org lama kg bebuloh tahu dh mmg beliau rumahnya di bebuloh.. Info ni mgkin ramai yg kurang tahu.. Rata org ingat di tinggal di kg ranca2.. Beliau berkubur di sana atas wasiat beliau semasa hidup

    BalasPadam
  23. Adakah aku telah Ke Makam Tengku Syarif kedah. Tunjukan aku jalan yg Lurus..

    BalasPadam